Lagu Negaraku

Sabtu, 5 Disember 2009

TPM Jiwa Melayu

Datuk Seri Muhyiddin Yassin banyak melakar perubahan dalam politik UMNO. Unsur kembali bersatu semakin dapat dilihat walaupun masih ada sekerat pemimpin lama yang masih bersaing antara satu sama lain. TPM nampak bersungguh-sungguh dalam mengembalikan zaman keagungan UMNO. Isu yang timbul terutama di bawah bidang kuasanya, dilihat cepat ditangani dan siap diperjelaskan kepada sasaran. Pemimpin seperti beliau punyai karisma kemelayuan. Pengaruhnya masih kuat di seantero Malaysia. Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sememangnya beruntung mempunyai Timbalan sepertinya.

Orang Politik Tukar 'Attitude'

Bila bercakap pasal solat jemaah terutamanya waktu subuh, banyak orang mengatakan tidak sempat. Sibuk. Sebenarnya, mereka yang berwajib tidak berfikir dengan mendalam untuk mengatasinya dengan terbaik. Mengapa masjid, surau pada waktu subuh kosong? Waktu melaungkan azan memang tepat waktu. Untuk mendirikan solat subuh mengambil masa yang lama untuk menunggu makmun hadir. Bila ditunggu-tunggu, jumlah kehadiran lebih kurang sama juga. Mengapa tidak terus mendirikan solat subuh berjemaah sebaik sahaja selesai solat sunat 2 rakaat? Jangan ditunggu lagi kehadiran makmun yang datang lewat. Bilamana semua Masjid-masjid di Malaysia mengamalkan solat jemaah tepat pada waktunya tanpa melengah-lengahkan untuk mengumpul kehadiran makmun yang sengaja lewat, maka sampai bila-bila pun keadaan masjid akan kosong. Yang penting, 'attitude' orang Islam perlu berubah. Bagaimana untuk mereka berubah. Pihak berwajiblah yang perlu merancang itu semua. Kesannya nanti, orang yang malas ke masjid sekalipun, akan tergerak hati hati untuk ke masjid kerana mereka boleh menjangkakan masa keberadaan mereka di masjid. Bila mereka datang sekali....pasti ada sedikit aura untuk datang lagi. Tidakkah ini satu cara dakwah tanpa tekanan dan paksaan? YB Khir Baharom selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri perlu pantas dan kreatif dalam menzahirkan daulah islamiyyah di Malaysia.

Pintar Melayu Tidak Bertempat

Melayu yang pintar dalam politik dan istiqamah dalam pembangunan Malaysia memang ada. Cuma mereka ini berada dalam Parti politik yang berbeza. Matlamat lebih kurang sama demi penyatuan bangsa, memelihara kesucian Islam dan membina kesinambungan generasi yang patriotik terhadap negara. Biarpun di medan parti politik yang berbeza, tidak adakah satu penyelesaian untuk duduk bersama demi mendaulatkan Islam dan Melayu. Carilah dalam bentuk program yang tepat dan boleh dikongsi bersama. Gunakan ketajaman fikiran, lupai sengketa seketika, renung jauh ke depan, orang Melayu perlu dididik dengan cara terbaik. Gunakan kesempatan yang Allah berikan untuk memakmurkan kehidupan manusia di dunia.

Jumaat, 4 Disember 2009

Politik Hitam dan Putih

Cuba kita tanya dan cuba renungkan...
Siapa dikalangan ahli politik yang betul-betul bersih...cakap berlandaskan kebenaran.
Apa jawapan anda?

Secara faktanya, pemimpin yang menjalankan kewajipan berlandaskan Perlembagaan, Undang-undang tubuh negeri adalah pemimpin yang perlu dipuji. Perlu diingat bahawa, politik yang tidak betul akan diselubungi bayang hitam yang cuba diputihkan dalam apa cara sekalipun. Yang putih cuba untuk tidak memberi laluan si hitam hinggap walau seketika cuma. Itulah dunia politik, kepantasan pemikiran, kekuatan daya tahan, berdaya saing untuk mempraktikan sesuatu yang bermanfaat untuk rakyat, adalah prasyarat untuk seseorang itu lahir sebagai negarawan tidak kira sebagai Parti Pemerintah mahupun Parti Pembangkang.

Khamis, 3 Disember 2009

Muda mudi generasi negara

Generasi muda menjadi rebutan. Seolah-olah pisang goreng panas. Sejak merdeka 1957, UMNO banyak membina pemikiran generasi ke tahap cerdik pandai dan melahirkan pemuda pemudi yang punyai wawasan. Tanpa merenung jauh ke dalam, suasana mereka dididik seiring dengan terbentuknya kemusnahan budaya seperti punk,mak nyah,disko,rempit,dadah & etc akibat penjajahan hiburan yang keterlaluan. Maka lahirlah generasi yang mementingkan material,hiburan dan kehidupan yang bebas. PAS pula dilihat pencetus kepada kesedaran untuk generasi muda berfikir untuk menilai baik dan buruk. Untuk memperbetulkan semua keadaan yang seakan sudah menjadi budaya ini, PAS berdepan dengan cabaran yang cukup getir. Jika mahu mengubah suasana ini secara drastik, maka PAS dianggap menyekat hak asasi manusia yang dicipta barat. Kedua-dua parti politik ini penting dalam kemajuan negara...apa salahnya mereka yang bergelar YB dan pemerintah ini mencari titik persamaan untuk melahirkan generasi muda mudi Malaysia yang punyai identiti, wawasan, ilmuan, soleh. Binalah generasi dahulu, baru berlumba untuk politik masing-masing. Sekarang, politik diutamakan dan perlu dicapai tetapi pembangunan muda mudi tidak 100 peratus.

Rabu, 2 Disember 2009

Malaysia : Masih Sistem 1 Parti

Sistem 2 parti baru diperkatakan tetapi belum diperhalusi secara mendalam. Kefahaman rakyat terhadap sistem ini juga masih tidak berpijak di bumi yang nyata. Barisan Nasional yang sudah lama mendominasi aliran politik Malaysia sedang bergelora dengan krisis kepimpinan beberapa parti gabungannya. Pakatan Rakyat pula masih belum terdaftar sebagai parti gabungan di bawah satu lambang. Maka, untuk mewujudkan sistem 2 parti di Malaysia masih di awangan dan masih tiada kata sepakat atau keseriusan di pihak Pakatan Rakyat dalam hal ini. Masing-masing dilihat tekun dan fokus di negeri pemerintahan sendiri dan setiap hal berbangkit seolah-olah hal rumah tangga yang tidak ditangani secara isu nasional dalam konteks kebersamaan. Dalam Barisan Nasional, semua parti yang ada, terdapat perbezaan ideologi tetapi mereka sentiasa mencari titik kebersamaan dan masalah yang ada disimpan dan masih terus tergantung sehingga ke hari ini. Pakatan Rakyat pula berbeza juga ideologi parti politik yang ada. Penggabungan sesama mereka nampak sukar kerana masing-masing kukuh dalam menyuarakan kehendak mengikut pandangan parti sendiri dan mahu dilhat parti mereka sahaja yang boleh menggantikan Barisan Nasional tetapi bukan dalam bentuk kolektif.

Kisah Mertua dan Anak Menantu

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempamerkan integriti yang tinggi.Keperibadian Ariffahmi yang juga menantunya, membuka episod baru dalam mengorbankan sesuatu demi kepentingan pihak yang banyak. Memang MB Kelantan ditekan bertubi-tubi dan tidak menang tangan untuk menepis satu persatu, tetapi rakyat pula menilai dengan penuh prihatin. Masalah yang melanda mereka berdua dilihat sesuatu yang menyakitkan tetapi kesan daripada itu sebenarnya membangkitkan semangat kepada seluruh warga PAS dan menjawab persoalan dan kemusykilan rakyat Malaysia yang lain bahawa 'Bapa Mertua dan Anak Menantu' ini hanya mangsa keadaan. Ekoran daripada itu, media arus perdana juga dilihat terkontang kanting untuk mencipta tajuk baru selepas isu berkenaan selesai dengan cepat.

Khamis, 19 November 2009

Orang Politik Pandai Menggunakan Situasi

Ketua Audit Negara memberi kredit kepada pengurusan kewangan kerajaan negeri Selangor. Pihak pembangkang diam dan membisu seketika. Kenyataan apa yang perlu dilontarkan untuk terus memberi tekanan kepada kerajaan Selangor. Seperti biasa, YB Datuk Seri Annuar Ibrahim (DSAI) mencuri perhatian. Kerajaan Selangor melantik beliau sebagai Penasihat Kewangan Negeri Selangor hanya dengan bayaran RM1.00 sebulan. Memang umum mengetahui, DSAI juga merupakan penasihat Parti Keadilan Rakyat. Dato' Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar Selangor tetapi dalam Parti beliau harus mematuhi dan mengikuti percaturan DSAI.
Jadi, apa bezanya DSAI dilantik sebagai Penasihat Kewangan Kerajaan Selangor dengan masa sebelumnya, kerana selama ini beliaulah sebenarnya orang kuat disebalik tabir yang menggunakan kepakaran Dato'Khalid dalam urus tadbir negeri Selangor. Sebenarnya, situasi semasa telah digunakan sepenuhnya oleh DSAI untuk memberitahu seluruh Malaysia bahawa beliau pakar dalam ekonomi. Tun Dr.Mahathir dengan segera memberi reaksi bahawa DSAI sebenarnya tidak pandai dan kurang cekap dalam ekonomi sehingga nampak terpaksa ingin menggunakan khidmat IMF semasa kemelesetan ekonomi tahun 1997.

Rabu, 18 November 2009

MCA - Siapa Tersepit

Pertembungan utama adalah antara Presiden,Dato'Seri Ong Tee Keat dan Dato'Chua Soi Lek. Melalui EGM, jawatan Presiden dikekalkan dan hanya mempunyai jangka hayat melalui Majlis Presiden sahaja. Dato'Chua Soi Lek pula tidak diterima sebagai Timbalan Presiden tetapi perwakilan mengekalkan keanggotainya sebagai ahli parti MCA. Kedua-duanya pula bersetuju untuk mencari jalan damai tanpa mengenakan apa-apa syarat. Seterusnya Dato' Seri Tiong Lai dilantik sebagai Timbalan Presiden baru. Keputusan ROS pula mengesahkan bahawa, EGM pertama tidak sah dan mengekalkan Dato'Chua Soi Lek sebagai Timbalan Presiden. Sekarang sudah ada dua Timbalan Presiden. Dato'Seri Tiong Lai mahu agar diadakan EGM kedua bagi menyelesaikan krisis yang berlaku. Ketua pemuda dan ketua wanita dipergunakannya sebagai sokongan sehingga Majlis Presiden memecat mereka berdua dengan alasan pelantikan adalah perlu mengikut keperluan semasa. Apa sudah jadi dengan MCA. Hari ini dalam sejarah ketua pemuda dan ketua wanita dipecat daripada menganggotai Majlis Presiden. Cukup menghibakan sehingga kedua-dua yang terpecat ini mengalirkan air mata dalam sidang media. Seterusnya, apa lagi 'game' yang akan berlaku. Semuanya ini hanya kerana sebuah 'kuasa.' Masing-masing ada kepentingan dan perjuangan yang harus dilaksanakan. Nampaknya 'perlembagaan MCA' pula bagai pokok bergoyang, katanya nak tiru cara UMNO menyelesaikan masalah besar yang nampak berhasil. Pada ahli MCA, saksikan pemimpin yang harus di pertahankan dan diketepikan. Nampaknya, kesemua mereka yang terlibat dalam krisis ini 'tersepit dengan keadaan. Siapa yang pantas, maka individu itulah yang menang buat sementara waktu.

Sabtu, 14 November 2009

Mereka Terpaksa Mengikut Kehendak Parti

Akhirnya masalah kerajaan perpaduan yang menjadi kemelut dalam PAS berjaya dipulihkan. Para pemimpin menerima kritikan secara terbuka dan menerima keputusan secara kolektif dan memenuhi kepentingan parti melebihi agenda peribadi. Dari satu sudut ianya memang baik. Sekiranya isu ini tidak ditangani secara berhemah, ianya akan menjadi duri dalam daging yang akhirnya akan memecahkan perpaduan ahli mereka sendiri.Pendekatan pemimpin Pas yang lebih islamik ini,memperlihatkan bahawa sesuatu isu yang wujud perlu difahami oleh semua ahli dan mereka mahu semua ahli parti sedar sebelum agenda musuh politik mereka mengambil tempat di sanubari masing-masing. Mungkin Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat terpaksa mencetuskan isu panas ini demi mempertahankan kreadibiliti parti dan mengurangkan pengaruh pemimpin yang dilihat boleh mengubah fikrah pemikiran untuk bersatu dengan mana-mana pihak yang pernah memusnahkan harapan parti mereka pada satu ketika dulu.

Jumaat, 13 November 2009

Wakil Rakyat Perlu Ikhlas, Rakyat Perlu Sedar

Tugas wakil rakyat tidak mudah. Seorang wakil rakyat mewakili sejumlah populasi rakyat di dalam kawasannya. Bukan sedikit jumlah itu. Banyak permintaan dan tuntutan yang perlu dilaksanakan. Kadangkala beban kerja seorang wakil rakyat akan datang serentak sehinga tiada satu pun yang perlu diutamakan. Semuanya penting bila memikirkan kepada mereka yang memerlukan sesuatu bantuan dan pertolongan. Oleh itu, sikap pengorbanan wakil rakyat yang perlu bekerja tidak kira masa dan keadaan memang menuntut kesabaran yang tinggi. Bila hati ikhlas, segala mungkin akan mencapai hasilnya walaupun tidak semua dapat ditunaikan pada satu-satu masa. Kelibat seorang wakil rakyat senantiasa diekori dan menjadi topik cerita bagi mereka yang gemar berbicara. Waspadalah kepada mereka yang bergelar YB.
Sebagai seorang rakyat pula, kita perlu sedar akan peranan kita, tanggungjawab kita sendiri. Seorang wakil rakyat tidak boleh memberi bantuan dalam bentuk wang semata-mata. Kita sebagai rakyat perlu ada usaha untuk berdikari di atas kaki sendiri dan menggunakan wakil rakyat sekiranya perlu sahaja. Kebanyakkan mereka di luar sana pula, seringkali menjadikan wakil rakyat sebagai orang pertama untuk membantu mereka tetapi hakikatnya mereka sendiri belum melakukan sesuatu untuk diri mereka sendiri. Bayangkan jika semua orang dalam sesuatu kawasan meminta bantuan kewangan pada seorang wakil rakyat. Adakah wakil rakyat itu mampu sebenarnya? Oleh itu, jadilah rakyat yang punyai ilmu pengetahuan, dapat membezakan yang baik dan buruk, boleh meningkatkan kualiti hidup dengan semangat kerja yang tinggi dan mampu memberi sumbangan dan tidak meminta-minta.

Khamis, 12 November 2009

Hala Tuju Datuk Seri Najib dilihat konsisten

Pembawaan slogan 1 Malaysia yang kian diterima rakyat. Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara China dengan pantas, tidak mengetepikan terus sentimen kakitangan awam tidak dihargai, usaha menarik minat golongan muda dizahirkan dalam Bajet 2010,mengambil profesional dalam urus tadbir ekonomi negara khususnya pelantikan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri,pemberian wang ehsan kepada kerajaan Kelantan dan banyak turun padang menjenguk rakyat,pantas mengambil tindakan terhadap isu-isu yang dilihat berprofil tinggi dan tidak banyak menggunakan serangan peribadi terhadap Pembangkang.

YB PKR Tidak Konsisten

Ada diantara mereka memenangi pilihanraya sebagai calon yang bukan betul-betul dikenalpasti pernah berjasa dan menang atas dasar 'protes rakyat terhadap BN.' Sekarang tiba masanya untuk rakyat kembali sedar akan ketidaksabaran mereka untuk bertahan dalam Pakatan Rakyat yang memang diuji dengan pelbagai keadaan. Jika YB ini mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya pernah memimpin di Universiti atau pernah melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan, pasti mereka tidak bertindak meninggalkan perjuangan sendiri. Apa yang mereka mahu....kerja senang untuk cari duit, tapi katakan tidak untuk membantu rakyat yang dahagakan pertolongan.

Pas: Parti yang sama tetapi berbeza cara

Semasa memenangi pilihanraya pada satu ketika, PAS sebagai satu parti yang memerintah dalam dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu tidak begitu profesional dalam urus tadbir. Sepatutnya, satu kawasan baru perlu dicipta untuk dijadikan ala-ala putrajaya yang bertindak sebagai pusat kerajaan pembangkang untuk memerintah Kelantan dan Terengganu. Disebabkan peluang itu tidak digunakan sebaik mungkin, Kelantan masih kekal Pas sebagai pemerintah kerana kekuatan pengaruh Tuan Guru Dato'Nik Aziz Nik Mat manakala Terengganu diserang habisan-habisan dan tidak mampu bertahan lama di bawah Tuan Guru Hj.Abdul Hadi Awang. Ini bermakna, pihak Pas tidak berfikir untuk mengisi kekuasaan selepas kemenangan tetapi lebih banyak berusaha untuk memenangi pilihanraya semata-mata pada waktu tersebut.

Slogan 1 Malaysia vs Ketuanan Rakyat


Konsep 1 Malaysia yang dilaungkan oleh kerajaan BN sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan konsep Ketuanan Rakyat yang diutarakan oleh Parti Keadilan Rakyat.
Kedua-duanya menjurus kepada kesepakatan untuk semua kaum di Malaysia bergabung dan sama-sama memakmurkan negara Malaysia.
Apa yang penting, cara pendekatan dan implementasi terhadap slogan itu yang menjadi titik tolak kepada rakyat untuk menentukan parti mana yang benar-benar melaksanakannya.