Lagu Negaraku
Rabu, 2 Disember 2009
Malaysia : Masih Sistem 1 Parti
Sistem 2 parti baru diperkatakan tetapi belum diperhalusi secara mendalam. Kefahaman rakyat terhadap sistem ini juga masih tidak berpijak di bumi yang nyata. Barisan Nasional yang sudah lama mendominasi aliran politik Malaysia sedang bergelora dengan krisis kepimpinan beberapa parti gabungannya. Pakatan Rakyat pula masih belum terdaftar sebagai parti gabungan di bawah satu lambang. Maka, untuk mewujudkan sistem 2 parti di Malaysia masih di awangan dan masih tiada kata sepakat atau keseriusan di pihak Pakatan Rakyat dalam hal ini. Masing-masing dilihat tekun dan fokus di negeri pemerintahan sendiri dan setiap hal berbangkit seolah-olah hal rumah tangga yang tidak ditangani secara isu nasional dalam konteks kebersamaan. Dalam Barisan Nasional, semua parti yang ada, terdapat perbezaan ideologi tetapi mereka sentiasa mencari titik kebersamaan dan masalah yang ada disimpan dan masih terus tergantung sehingga ke hari ini. Pakatan Rakyat pula berbeza juga ideologi parti politik yang ada. Penggabungan sesama mereka nampak sukar kerana masing-masing kukuh dalam menyuarakan kehendak mengikut pandangan parti sendiri dan mahu dilhat parti mereka sahaja yang boleh menggantikan Barisan Nasional tetapi bukan dalam bentuk kolektif.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan