Lagu Negaraku

Sabtu, 5 Disember 2009

TPM Jiwa Melayu

Datuk Seri Muhyiddin Yassin banyak melakar perubahan dalam politik UMNO. Unsur kembali bersatu semakin dapat dilihat walaupun masih ada sekerat pemimpin lama yang masih bersaing antara satu sama lain. TPM nampak bersungguh-sungguh dalam mengembalikan zaman keagungan UMNO. Isu yang timbul terutama di bawah bidang kuasanya, dilihat cepat ditangani dan siap diperjelaskan kepada sasaran. Pemimpin seperti beliau punyai karisma kemelayuan. Pengaruhnya masih kuat di seantero Malaysia. Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sememangnya beruntung mempunyai Timbalan sepertinya.

Orang Politik Tukar 'Attitude'

Bila bercakap pasal solat jemaah terutamanya waktu subuh, banyak orang mengatakan tidak sempat. Sibuk. Sebenarnya, mereka yang berwajib tidak berfikir dengan mendalam untuk mengatasinya dengan terbaik. Mengapa masjid, surau pada waktu subuh kosong? Waktu melaungkan azan memang tepat waktu. Untuk mendirikan solat subuh mengambil masa yang lama untuk menunggu makmun hadir. Bila ditunggu-tunggu, jumlah kehadiran lebih kurang sama juga. Mengapa tidak terus mendirikan solat subuh berjemaah sebaik sahaja selesai solat sunat 2 rakaat? Jangan ditunggu lagi kehadiran makmun yang datang lewat. Bilamana semua Masjid-masjid di Malaysia mengamalkan solat jemaah tepat pada waktunya tanpa melengah-lengahkan untuk mengumpul kehadiran makmun yang sengaja lewat, maka sampai bila-bila pun keadaan masjid akan kosong. Yang penting, 'attitude' orang Islam perlu berubah. Bagaimana untuk mereka berubah. Pihak berwajiblah yang perlu merancang itu semua. Kesannya nanti, orang yang malas ke masjid sekalipun, akan tergerak hati hati untuk ke masjid kerana mereka boleh menjangkakan masa keberadaan mereka di masjid. Bila mereka datang sekali....pasti ada sedikit aura untuk datang lagi. Tidakkah ini satu cara dakwah tanpa tekanan dan paksaan? YB Khir Baharom selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri perlu pantas dan kreatif dalam menzahirkan daulah islamiyyah di Malaysia.

Pintar Melayu Tidak Bertempat

Melayu yang pintar dalam politik dan istiqamah dalam pembangunan Malaysia memang ada. Cuma mereka ini berada dalam Parti politik yang berbeza. Matlamat lebih kurang sama demi penyatuan bangsa, memelihara kesucian Islam dan membina kesinambungan generasi yang patriotik terhadap negara. Biarpun di medan parti politik yang berbeza, tidak adakah satu penyelesaian untuk duduk bersama demi mendaulatkan Islam dan Melayu. Carilah dalam bentuk program yang tepat dan boleh dikongsi bersama. Gunakan ketajaman fikiran, lupai sengketa seketika, renung jauh ke depan, orang Melayu perlu dididik dengan cara terbaik. Gunakan kesempatan yang Allah berikan untuk memakmurkan kehidupan manusia di dunia.

Jumaat, 4 Disember 2009

Politik Hitam dan Putih

Cuba kita tanya dan cuba renungkan...
Siapa dikalangan ahli politik yang betul-betul bersih...cakap berlandaskan kebenaran.
Apa jawapan anda?

Secara faktanya, pemimpin yang menjalankan kewajipan berlandaskan Perlembagaan, Undang-undang tubuh negeri adalah pemimpin yang perlu dipuji. Perlu diingat bahawa, politik yang tidak betul akan diselubungi bayang hitam yang cuba diputihkan dalam apa cara sekalipun. Yang putih cuba untuk tidak memberi laluan si hitam hinggap walau seketika cuma. Itulah dunia politik, kepantasan pemikiran, kekuatan daya tahan, berdaya saing untuk mempraktikan sesuatu yang bermanfaat untuk rakyat, adalah prasyarat untuk seseorang itu lahir sebagai negarawan tidak kira sebagai Parti Pemerintah mahupun Parti Pembangkang.

Khamis, 3 Disember 2009

Muda mudi generasi negara

Generasi muda menjadi rebutan. Seolah-olah pisang goreng panas. Sejak merdeka 1957, UMNO banyak membina pemikiran generasi ke tahap cerdik pandai dan melahirkan pemuda pemudi yang punyai wawasan. Tanpa merenung jauh ke dalam, suasana mereka dididik seiring dengan terbentuknya kemusnahan budaya seperti punk,mak nyah,disko,rempit,dadah & etc akibat penjajahan hiburan yang keterlaluan. Maka lahirlah generasi yang mementingkan material,hiburan dan kehidupan yang bebas. PAS pula dilihat pencetus kepada kesedaran untuk generasi muda berfikir untuk menilai baik dan buruk. Untuk memperbetulkan semua keadaan yang seakan sudah menjadi budaya ini, PAS berdepan dengan cabaran yang cukup getir. Jika mahu mengubah suasana ini secara drastik, maka PAS dianggap menyekat hak asasi manusia yang dicipta barat. Kedua-dua parti politik ini penting dalam kemajuan negara...apa salahnya mereka yang bergelar YB dan pemerintah ini mencari titik persamaan untuk melahirkan generasi muda mudi Malaysia yang punyai identiti, wawasan, ilmuan, soleh. Binalah generasi dahulu, baru berlumba untuk politik masing-masing. Sekarang, politik diutamakan dan perlu dicapai tetapi pembangunan muda mudi tidak 100 peratus.

Rabu, 2 Disember 2009

Malaysia : Masih Sistem 1 Parti

Sistem 2 parti baru diperkatakan tetapi belum diperhalusi secara mendalam. Kefahaman rakyat terhadap sistem ini juga masih tidak berpijak di bumi yang nyata. Barisan Nasional yang sudah lama mendominasi aliran politik Malaysia sedang bergelora dengan krisis kepimpinan beberapa parti gabungannya. Pakatan Rakyat pula masih belum terdaftar sebagai parti gabungan di bawah satu lambang. Maka, untuk mewujudkan sistem 2 parti di Malaysia masih di awangan dan masih tiada kata sepakat atau keseriusan di pihak Pakatan Rakyat dalam hal ini. Masing-masing dilihat tekun dan fokus di negeri pemerintahan sendiri dan setiap hal berbangkit seolah-olah hal rumah tangga yang tidak ditangani secara isu nasional dalam konteks kebersamaan. Dalam Barisan Nasional, semua parti yang ada, terdapat perbezaan ideologi tetapi mereka sentiasa mencari titik kebersamaan dan masalah yang ada disimpan dan masih terus tergantung sehingga ke hari ini. Pakatan Rakyat pula berbeza juga ideologi parti politik yang ada. Penggabungan sesama mereka nampak sukar kerana masing-masing kukuh dalam menyuarakan kehendak mengikut pandangan parti sendiri dan mahu dilhat parti mereka sahaja yang boleh menggantikan Barisan Nasional tetapi bukan dalam bentuk kolektif.

Kisah Mertua dan Anak Menantu

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempamerkan integriti yang tinggi.Keperibadian Ariffahmi yang juga menantunya, membuka episod baru dalam mengorbankan sesuatu demi kepentingan pihak yang banyak. Memang MB Kelantan ditekan bertubi-tubi dan tidak menang tangan untuk menepis satu persatu, tetapi rakyat pula menilai dengan penuh prihatin. Masalah yang melanda mereka berdua dilihat sesuatu yang menyakitkan tetapi kesan daripada itu sebenarnya membangkitkan semangat kepada seluruh warga PAS dan menjawab persoalan dan kemusykilan rakyat Malaysia yang lain bahawa 'Bapa Mertua dan Anak Menantu' ini hanya mangsa keadaan. Ekoran daripada itu, media arus perdana juga dilihat terkontang kanting untuk mencipta tajuk baru selepas isu berkenaan selesai dengan cepat.