Lagu Negaraku

Rabu, 18 November 2009

MCA - Siapa Tersepit

Pertembungan utama adalah antara Presiden,Dato'Seri Ong Tee Keat dan Dato'Chua Soi Lek. Melalui EGM, jawatan Presiden dikekalkan dan hanya mempunyai jangka hayat melalui Majlis Presiden sahaja. Dato'Chua Soi Lek pula tidak diterima sebagai Timbalan Presiden tetapi perwakilan mengekalkan keanggotainya sebagai ahli parti MCA. Kedua-duanya pula bersetuju untuk mencari jalan damai tanpa mengenakan apa-apa syarat. Seterusnya Dato' Seri Tiong Lai dilantik sebagai Timbalan Presiden baru. Keputusan ROS pula mengesahkan bahawa, EGM pertama tidak sah dan mengekalkan Dato'Chua Soi Lek sebagai Timbalan Presiden. Sekarang sudah ada dua Timbalan Presiden. Dato'Seri Tiong Lai mahu agar diadakan EGM kedua bagi menyelesaikan krisis yang berlaku. Ketua pemuda dan ketua wanita dipergunakannya sebagai sokongan sehingga Majlis Presiden memecat mereka berdua dengan alasan pelantikan adalah perlu mengikut keperluan semasa. Apa sudah jadi dengan MCA. Hari ini dalam sejarah ketua pemuda dan ketua wanita dipecat daripada menganggotai Majlis Presiden. Cukup menghibakan sehingga kedua-dua yang terpecat ini mengalirkan air mata dalam sidang media. Seterusnya, apa lagi 'game' yang akan berlaku. Semuanya ini hanya kerana sebuah 'kuasa.' Masing-masing ada kepentingan dan perjuangan yang harus dilaksanakan. Nampaknya 'perlembagaan MCA' pula bagai pokok bergoyang, katanya nak tiru cara UMNO menyelesaikan masalah besar yang nampak berhasil. Pada ahli MCA, saksikan pemimpin yang harus di pertahankan dan diketepikan. Nampaknya, kesemua mereka yang terlibat dalam krisis ini 'tersepit dengan keadaan. Siapa yang pantas, maka individu itulah yang menang buat sementara waktu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan