Ketua Audit Negara memberi kredit kepada pengurusan kewangan kerajaan negeri Selangor. Pihak pembangkang diam dan membisu seketika. Kenyataan apa yang perlu dilontarkan untuk terus memberi tekanan kepada kerajaan Selangor. Seperti biasa, YB Datuk Seri Annuar Ibrahim (DSAI) mencuri perhatian. Kerajaan Selangor melantik beliau sebagai Penasihat Kewangan Negeri Selangor hanya dengan bayaran RM1.00 sebulan. Memang umum mengetahui, DSAI juga merupakan penasihat Parti Keadilan Rakyat. Dato' Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar Selangor tetapi dalam Parti beliau harus mematuhi dan mengikuti percaturan DSAI.
Jadi, apa bezanya DSAI dilantik sebagai Penasihat Kewangan Kerajaan Selangor dengan masa sebelumnya, kerana selama ini beliaulah sebenarnya orang kuat disebalik tabir yang menggunakan kepakaran Dato'Khalid dalam urus tadbir negeri Selangor. Sebenarnya, situasi semasa telah digunakan sepenuhnya oleh DSAI untuk memberitahu seluruh Malaysia bahawa beliau pakar dalam ekonomi. Tun Dr.Mahathir dengan segera memberi reaksi bahawa DSAI sebenarnya tidak pandai dan kurang cekap dalam ekonomi sehingga nampak terpaksa ingin menggunakan khidmat IMF semasa kemelesetan ekonomi tahun 1997.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan