Tugas wakil rakyat tidak mudah. Seorang wakil rakyat mewakili sejumlah populasi rakyat di dalam kawasannya. Bukan sedikit jumlah itu. Banyak permintaan dan tuntutan yang perlu dilaksanakan. Kadangkala beban kerja seorang wakil rakyat akan datang serentak sehinga tiada satu pun yang perlu diutamakan. Semuanya penting bila memikirkan kepada mereka yang memerlukan sesuatu bantuan dan pertolongan. Oleh itu, sikap pengorbanan wakil rakyat yang perlu bekerja tidak kira masa dan keadaan memang menuntut kesabaran yang tinggi. Bila hati ikhlas, segala mungkin akan mencapai hasilnya walaupun tidak semua dapat ditunaikan pada satu-satu masa. Kelibat seorang wakil rakyat senantiasa diekori dan menjadi topik cerita bagi mereka yang gemar berbicara. Waspadalah kepada mereka yang bergelar YB.
Sebagai seorang rakyat pula, kita perlu sedar akan peranan kita, tanggungjawab kita sendiri. Seorang wakil rakyat tidak boleh memberi bantuan dalam bentuk wang semata-mata. Kita sebagai rakyat perlu ada usaha untuk berdikari di atas kaki sendiri dan menggunakan wakil rakyat sekiranya perlu sahaja. Kebanyakkan mereka di luar sana pula, seringkali menjadikan wakil rakyat sebagai orang pertama untuk membantu mereka tetapi hakikatnya mereka sendiri belum melakukan sesuatu untuk diri mereka sendiri. Bayangkan jika semua orang dalam sesuatu kawasan meminta bantuan kewangan pada seorang wakil rakyat. Adakah wakil rakyat itu mampu sebenarnya? Oleh itu, jadilah rakyat yang punyai ilmu pengetahuan, dapat membezakan yang baik dan buruk, boleh meningkatkan kualiti hidup dengan semangat kerja yang tinggi dan mampu memberi sumbangan dan tidak meminta-minta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan